Sunday 9 March 2014

Mukmin

بسم الله الرحمٰن الرحيم

Daripada Abdullah, beliau berkata, Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Sesungguhnya orang mukmin itu bukan pelaknat, bukan pencela, bukan sering berkata perkara lucah dan bukan bermulut (yang kata-katanya) kotor.”

- Hadis Riwayat Ahmad, kata Syu’aib Al-Arna’uth: sanadnya sahih, rijalnya tsiqah (dipercayai) rijal sahih, dan riwayat Al-Tirmidzi, beliau berkata hadis ini hasan gharib

Saturday 8 March 2014

Adab-adab Imam Dan Makmum Sebelum, Ketika Dan Selepas Solat

بسم الله الرحمٰن الرحيم

Definisi Imam dan Jama’ah.

Imam adalah seorang pemimpin. Beliau adalah individu yang di lantik sebagai pemimpin bagi memimpin jemaah ketika melakukan ibadah solat atau amal kebaikan. Mereka juga yang akan diberikan kepercayaan menjadi pemimpin untuk memimpin ke jalan yang benar.
Orang yang layak menjadi Imam ialah orang yang baik bacaan al-Qur’annya dan tiada keraguan dalam bacaan. Serta orang itu juga mestilah berpengetahuan luas tentang agama. Dan lebih awal berhijrah yang bermaksud lebih berumur, dan berpengetahuan yang lebih mendalam tentang agama islam.
Definisi Jama’ah.
Sebahagian ulama mengatakan hukum berjemaah fardu ain manakala sebahagian yang lain pula mengatakan fardu kifayah. Disamping itu ada sesetengahnya pula berpendapat sunat muakkad dan inilah pendapat Imam Syafi’I r.a yang bermaksud “ Solat berjemaah itu lebih Afdal (bagus) daripada solat berseorangan dengan kadar 27 darjah (pangkat).
Hubungan yang terhasil daripada solat anatara Imam dan makmum. Dan islam juga mensyariatkan beberapa upacara dan perhimpunan antara umat islam untuk menunaikan ibadah pada masa-masa tertentu. Contohnya solat 5 waktu, solat jumaat dan solat dua hari raya.
Solat berjemaah memerlukan sekurang-kurangnya seorang imam dan seorang makmum. Dan bagi solat jumaat berjemaah hukumnya adalah fardu ain bagi orang lelaki (haram ditinggalkan dan berdosa besar). Solat beramai-ramai adalah lebih afdal daripada solat dengan jemaah yang sedikit. Hadis riwayat Rasullullah s.a.w yang bermaksud daripada Ubay bin Kaab katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w : “solat seorang lelaki beserta seorang lelaki adalah lebih baik daripada ia solat seorang diri dan seorang lelaki beserta 2 orang lelaki lebih banyak ganjarannya daripada ia bersolat bersama-sama dengan seorang lelaki sahaja. Manakala lebih banyak jemaah lebih dikasihi Allah s.w.t. (riwayat Ahmad,Abu Daud dan al-Nasa’i).
Masih mendapat pahala berjemaah bila makmum dapat mengikut imam sebelum imam memberi salam. Akan tetapi makmum yang mengikuti dari mula-mula mendapat ganjaran lebih banyak daripada makmum yang mengikut kemudian.
Imam hendaklah meringkaskan solat kecuali kalu makmumnya hanya terdiri daripada golongan yang sedikit bilangannya dan mereka reda.
Hukum solat berjemaah.
• fardhu kifayah bagi solat 5 waktu.
• Wajib bagi solat jumaat.
• Sebahagian ulama mengatakan fardhu ain .
• Imam Syafi’I, Hanafi dan Maliki berpendapat berjemaah ketika solat fardhu adalah sunat muakkad bagi semua orang lelaki yang berakal dan mampu melakukan tanpa sebarang kesulitan.
• Tidak wajib ke atas orang perempuan, kanak-kanak orang sakit dan sebagainya.
• Bagi lelaki lebih afdal berjemaah di masjid.
• Bagi perempuan lebih baik di rumah sahaja.

Syarat-syarat solat berjemaah.

1. Makmum hendaklah berniat mengikut imam.
2. Makmum perlu mengikut pekerjaan imam dan tidak boleh mendahului imam.
3. Melakukan segala perbuatan imam.
4. Makmum janganlah terlambat sampai 2 rukun fi’li daripada imam.
5. Tempat solat makmum tidak boleh terkehadapan daripada imam.
6. Hendaklah sama solat dengan imam.



Adab dan tugas imam sebelum solat.

1. Imam hendaklah dalam keadaan bersuci.
2. Imam hendaklah datang ke masjid setelah azan dikumandangkan.
3. Imam hendaklah segera memulakan solat apabila berjemaah telah ramai. Jika jemaah tidak ramai, imam hendaklah menunggu seketika.
4. Imam hendaklah mempunyai keikhlasan yang sempurna terhadap para makmumnya.
5. Imam hendaklah melihat kiri dan kanan saf untuk memastikan kesempurnaan sebelum mengangkat takbir. Jika makmumnya seorang sahaja,imam hendaklah menyuruh makmum itu berdiri di sebelah kanan imam.
6. Dilarang seseorang menjadi imam jika di belakangnya ada orang yang lebih pandai dan utama kecuali orang berkenaan itu menolak. Jika berlaku demikian, maka bolehlah dia maju menjadi imam dan (dengan syarat) dia mengetahui syarat-syarat imam ada pada dirinya, ketika itu makruh menolaknya.
7. Hendaklah imam menjaga waktu solat dan solat pada awal waktu bagi mendapat keredaan Allah s.w.t kerana kelebihan solat pada awal waktu seperti kelebihan akhirat atas dunia.

Adab imam ketika solat

 Hendaklah mengeraskan sedikit suara ketika membaca takbiratulihram supaya makmum dapat mengetahui bahawa imam telah memulakan solat.
 Imam hendaklah diam seketika setelah membaca takbiratulihram sebelum membaca al-Fatihah. Ini bertujuan untuk memberi masa kepada makmum ntuk memulakan solatnya sebelum imam membaca al-Fatihah di samping membaca doa iftitah.
 Imam hendaklah mensirkan(memperlahankan) bacaan ta’awuz iaitu bacaan( auzu billah).
 Imam hendaklah menjaharkan bacaan al-Fatihah, ta’min dan surah pada rakaat pertama dan kedua dalam solat jahar dan mensirkan pada solat sir.
 Imam hendaklah memanjangkan surah pada rakaat pertama dan memendekkan surah pada rakaat kedua.
 Imam hendaklah melaksanakan rukun solat itu dengan tenang dan tertib, supaya makmum dapat melaksanakan solat dengan sempurna.
 Imam hendaklah berusaha seboleh yang mungkin untuk meneladani cara Rasulullah mengimami para sahabatnya dalam solat. Antaranya ialah memerhati para jemaah, agar dia dapat mengetahui kadar bacaan surah yang akan dibacanya dalam solat itu.
 Janganlah imam merosakkan sendi-sendi utama dalam solat, seperti meninggalkan tamakninah, perkara yang sunat dalam solat kerana hendak mengejar masa.
 Imam hendaklah menunggu jemaah berdiri terlebih dahulu sebelum membaca al-fatihah pada rakaat selanjutnya.
 Imam hendaklah berdiri seketika (sekurang-kurangnya sekadar bernafas dalam satu nafas) selepas membaca al-Fatihah dan selepas membaca surah.


Adab imam selepas solat.

Imam hendaklah menghadap kiblat sekadar membaca 3 kali istighfar dan sekadar membaca zikir yang dituntut membacanya sebelum merubah letak kakinya. Jika tidak terus keluar, imam hendaklah berpaling ke arah makmum dengan menghadap pipi kanannya atau pipi kirinya dan tetap menghadap ke arah makmum sekadar lama menanti jemaah wanita keluar. Setelah itu, imam hendaklah bangun dan mengerjakan solat sunat di tempat lain.


Adab makmum sebelum solat
1. Sebelum solat dilakukan,makmum hendaklah membaca tasbih,tahmid dan istighfar sebanyak sepuluh kali.
2. Kemudian membaca doa berikut:
رَبِّ أَعُوْذُبِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِيْنَ وَأَعُوْذُبِكَ رَبِّيْ أَنْ يَحْضُرُوْنَ.
“Wahai tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari godaan syaitan dan aku berlindung kepada-Mu wahai Tuhanku dari kehadiran syaitan-syaitan itu!”

3. Makmum hendaklah berdiri setelah bilal atau muazdzin mengucapkan:
قَدْ قَّامَتِّ الصَّلاَةُ قَدْ قَّامَتِ الصَّلاَةُ.
4. Makmum hendaklah berdiri dengan tenang dan apabila telah berdiri hendaklah membaca:
اللَّهُمَّ ءَتِنِي أَفْضَلَ مَايُؤْتِى عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ.
“Wahai Tuhanku, limpahkanlah kepadaku seutama-utama yang Engkau limpahkan kepada para hamba-Mu yang soleh-soleh.”

5. Makmum hendaklah memenuhi saf hadapan dahulu sebelum membuat saf yang berikutnya. Saf yang baru hendaklah dimulakan dari tengah.





Adab makmum dalam solat

1. Makmum hendaklah membaca takbiratul ihram setelah nyata bahawa imam telah selesai mengucapkan takbirnya.
2. Makmum hendaklah mendengar segala bacaan imam yang dijaharkan dan para makmum hendaklah membaca al-Fatihah di dalam hatinya mengiringi bacaan al-Fatihah imam.
3. Makmum hendaklah membaca amin bersama-sama imam dan jangan mendahului imam.

4. Makmum hendaklah mengerjakan rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud dan berdiri untuk melakukan solat rakaat berikutnya setelah imam sempurna mengerjakannya atau sesudah imam selesai membaca takbir intiwalnya.
5. Hendaklah makmum menyuarakan takbir intiqal dengan perlahan.
6. Makmum hendaklah memberi peringatan kepada imam jika imam terlupa ayat atau surah yang hendak dibacanya mengikut cara-cara yang dibenarkan oleh syarak.


Adab makmum selepas solat

1. Makmum dikehendaki untuk duduk seketika dan membaca zikir, tasbih dan tahmid.
2. Janganlah makmum berdiri sebelum imam bangkit dari duduknya. Hal ini telah ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabda baginda yang bermaksud:
“Bahawasanya aku ini adalah imam kamu kerana itulah jangan kamu mendahului aku melakukan rukuk, sujud, berdiri dan berpaling. Kerana sesungguhnya aku melihat kamu dari hadapan dan dari belakangku, kemudian Rasulullah bersabda: “Demi tuhan yang jiwaku di tangan-Nya, sekiranya kamu melihat apa yang aku lihat tentulah kamu sedikit tertawa dan banyak menangis!”

Susunan saf dari barisan hadapan
Sekiranya jemaah itu terdiri daripada beberapa kumpulan, maka saf itu hendaklah diatur seperti:-
1. Imam
2. Makmum lebih dewasa.
3. Kanak-kanak lelaki.
4. Kanak-kanak perempuan.
5. Perempuan dewasa.
Susunan makmum

 Apabila seorang imam bersembahyang dengan seorang makmum, makmum berada dibelakang imam sebelah kanan.
 Apabila datang seorang makmum yang lain, makmum tersebut hendaklah berada di sebelah kiri imam. Imam perlu ke hadapan dan makmum merapatkan saf.
 Kedudukan kanak-kanak yang belum baligh ketika tiada orang dewasa, maka kedudukannya sama seperti orang dewasa.
 Jama’ah perempuan yang bersolat di belakang lelaki, maka perempuan itu hendaklah berada di belakang jama’ah dan ke kiri sedikit.
 Makruh bagi lelaki berada di belakang saf perempuan. Dan makruh juga perempuan berada di sebelah kiri dan kanan imam.
 Jika seorang makmum sahaja, makruh baginya apabila ia berada di belakang sebelah kiri imam.
 Makruh juga apabila semua makmum berada di sebelah kiri dan di sebelah kanan sahaja.
 Apabila seorang makmum perempuan sahaja, maka perempuan itu perlu berada di sebelah kiri sedikit di belakang imam.


Diriwayatkan sebuah hadis daripada Rasullullah SAW mafhumnya:
“ Rasullullah SAW mengatur saf lelaki di depan saf kanak-kanak dan saf perempuan di belakang saf kanak-kanak”. (Riwayat Muslim).


Kelebihan berjemaah.
 Pahala solat Jama’ah - 27 kali ganda berbanding solat berseorangan.
 Setiap langkah untuk pergi berjama’ah akan mendapat kebaikan dan kenaikan darjat.
 Merupakan cahaya orang Islam pada Hari Akhirat.
sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:
“Gembirakanlah orang yang berjalan di dalam gelap menuju ke masjid dengan cahaya yang sempurna pada Hari Akhirat”

 Selain solat Jumaat, yang paling dituntut ialah Subuh, diikuti Isyak dan Asar berdasarkan Hadis berikut.
 Solat Asar sangat dituntut berjama’ah kerana ia adalah solat al-Wusta (pertengahan).
Daripada Uthman bin Affan r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda dengan maksud:
“sesiapa yang sembahyang Isyak berjama’ah, seolah-olah dia telah bangun bersembahyang separuh malam, dan siapa yang sembahyang subuh berjama’ah, seolah-olah dia telah bangun bersembahyang pada keseluruhan malam”
 Hikmah solat berjemaah

 Mewujudkan rasa kemesraan, berkenal-kenalan, kerjasama antara umat Islam.
 Melatih diri supaya berdisiplin dan cintakan ketaatan kepada perkara-perkara yang makruf.
 Al-Durr al-Mukhtar berpendapat bahawa dengan solat berjama’ah dapat mewujudkan rasa persahabatan dan orang yang jahil tentang agama boleh belajar dengan orang yang alim. 

Kencing Manis @ Diabetes

بسم الله الرحمٰن الرحيم

Apa itu penyakit Kencing Manis?

Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus) merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.

Puncanya?

Glukosa merupakan bentuk gula yang dibawa di dalam aliran darah dan ia amat penting sebagai sumber tenaga badan. Paras glukosa harus dikekalkan pada satu paras yang sempit supaya organ-organ badan dapat berfungsi secara efisien. Paras glukosa yang terlalu tinggi menunjukkan perkembangan pembentukan diabetes mellitus.


Kencing manis penyakit keturunan = Mewarisi kuman kencing manis ibu bapa.

Golongan pakar perubatan professional mengatakan bahawa kencing manis adalah penyakit keturunan. Ini bererti jika ibu bapa kita ada kencing manis, maka kita berpeluang besar mendapat kencing manis.

Pada pandangan saya, penyakit kencing manis disebabkan oleh sejenis kuman (microbe) tertentu. Kuman ini wujud di dalam tubuh ibu dan bapa yang menghidap kencing manis. Kuman ini berkemungkinan besar juga telah menular ke dalam sel-sel sebahagian sperma bapa dan telur ibu. Jika sperma dan telur yang dijangkiti ini berjaya bersenyawa, maka janin yang terhasil berkemungkinan besar akan membawa kuman penyakit kencing manis. Sekiranya kuman ini belum berjangkit kepada sperma bapa atau telur ibu, besar kemungkinan bakal anak tidak akan terkena kencing manis.

Sistem immunisasi ibu yang kuat berjaya mengekang kuman ini dari membiak dengan cepat di dalam janin, lantas penyakit kencing manis jarang-jarang berlaku kepada janin. Bayi yang bakal lahir dri janin ini berkemungkinan besar hanya menjadi sebagai pembawa kuman ini tetapi tidak sampai ke tahap berpenyakit kencing manis.

Kuman kencing manis membiak dengan pesat dengan kehadiran glukos

Apabila bayi ini menjadi dewasa, dan mula mengambil glukos  dalam kuantiti yang tinggi melalui pemakanan yang tinggi karbohidrat, kuman kencing manis akan membiak dengan lebih cepat kerana persekitaran yang tinggi dengan glukos adalah pemangkin kepada pembiakan mereka. Lama-kelamaan, tahap glucos yang tinggi sehingga tidak terkawal akan menyebabkan komplikasi yang lebih rumit lalu menyebabkan penyakit kencing manis.

Kuman kencing manis suka kepada persekitaran yang mempunyai kandungan glukos yang tinggi. Glukos meyediakan habitat yang baik untuk kuman ini berkembang biak dengan skala yang lebih besar. Apabila kuantiti koloni kuman ini meningkat kepada satu tahap yang tidak terkawal, aktiviti-aktiviti harian kuman ini akan mengganggu dan menjejaskan fungsi organ-organ tubuh badan. Kuman kencing manis mengeluarkan sejenis bahan kimia yang menghalang insulin dari membawa glukos masuk ke dalam sel-sel badan untuk diproses menjadi tenaga (metabolism). Kuman ini juga berupaya merosakkan pankreas supaya insulin tidak dapat dihasilkan dengan cukup.

Cara Mengubati Penyakit Ini?

Tak kira penyakit apapun saudara hadapi, Insya Allah ada ubatnya seperti mana sabda nabi Muhammad s.a.w: "Setiap penyakit ada penawarnya". 

Setiap pesakit diabetes perlukan rancangan diet yang disediakan oleh seorang pakar diet. Walaupun nasihat pakar diet agak sama untuk kebanyakan pesakit, setiap rancangan diet haruslah berbeza sedikit antara satu sama lain, bergantung kepada jenis diabetes dan faktor-faktor lain seperti berat badan dan betapa aktifnya pesakit itu. Selain daripada mengikut regimen nutrisi umum, corak pemakanan perlu mengambil kira masa dan jenis injeksi insulin serta sensitiviti pesakit terhadap insulin dan drug-drug lain.

Ada cara selain  daripada diet?

Ada. Amalkan pemakanan sayuran-sayuran yang bakal saya nyatakan ini:

  1. Kacang Buncis
    Sayur Kacang buncis ternyata mampu menurunkan kadar gula dalam darah hingga kadar yang normal karana zat-zat yang terkandung di dalamnya mampu meningkatkan pengeluaran insulin. Insulin adalah suatu hormon yang dihasilkan secara alamiah oleh tubuh kita daripada organ yang bernama pankreas. Ia berfungsi untuk menurunkan kadar gula dalam darah.

  1. Mengkudu
    Khasiat mengkudu  dapat memperbaiki reseptor insulin yang tidak berfungsi dengan baik. Caranya ambil 2 buah mengkudu yang sudah matang lalu parut dan perah dengan menggunakan kain yang bersih dan minumlah sarinya.
  2. Ginseng
    Ginseng ini sudah terkenal dapat meningkatkan stamina khasiat dan juga mampu menurunkan kadar gula dalam darah.
  3. Kulit Kayu Manis
  4. Brotowali
    Brotowali berkhasiat menghilangkan rasa sakit dan dapat menurunkan panas caranya ambil 6 cm batang brotowali dan akarnya cuci bersih potong dan rebus dengan air 3 gelas menjadi 2 gelas dan minumlah setelah makan. Boleh juga diminum setiap hari kalau masih merasakan sakit dan panasnya belum turun.

 Sekian..

Credit to:kikinurhayati

Tuesday 4 March 2014

Muhammad

بسم الله الرحمٰن الرحيم

Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda, “Namailah dirimu dengan namaku (Muhammad) dan jangan memakai gelaranku.

Siapa yang bermimpi melihat aku dalam tidurnya, sebenarnya ia melihatku kerana syaitan tidak mampu menjelma seperti aku.

Dan siapa yang sengaja berdusta (membuat hadis palsu) atas namaku, maka biarlah dia menempati tempatnya di neraka.”

Monday 3 March 2014

Ambil Tahu Masalah Orang

بسم الله الرحمٰن الرحيم

Cuba fikir, apabila ada kawan atau individu terkenal ada MASALAH rumahtangga, bercerai contohnya. Kawan dan individu itu TAK cerita pun kepada kita tapi TERINGINKAH kita untuk tahu lebih terperinci kisahnya?..nak tahu sebab apa?, kenapa?, apa punca?, kecurangan ke? mandul ke? tak kasihan ke? dah cuba begini begitu dll.

Untuk apa tahu lebih terperinci?,..SAJA nak tahu dan sedap untuk tahu...mungkin?. TETAPI beralasan 'NAK TOLONG', kononnya padahal tiada dipinta pun. Inilah satu jenis nafsu jahat yang Islam ajar kita KEKANG. Sabda Nabi "Dari antara sifat termulia seorang Muslim, adalah MENINGGALKAN apa yang TIADA KAITAN dengan dirinya".

Justeru, bermujahadah (lawan nafsu) di ketika suka dengar kisah-kisah DERITA DAN BURUK orang yang kita TIADA PERANAN & URUSAN untuk terlibat dengannya. Kisah rumahtangga orang, keadaan masalah kerjaya orang, ye, pelbagai jenis masalah orang lain termasuk artis & 'public figure' YANG TIADA KENA MENGENA dengan kita.

KENAPA LARANG?? kerana sejurus kita buka peluang mendengar dan bercerita, jadilah MENGUMPAT, kemudian akan timbul andaian punca begitu begini lalu jadilah ia SANGKA BURUK dan ia berdosa. Selepas itu, jadi pula bila makin hangat, ia tersebar dan jadilah pula FITNAH ( atau Buhtan di dalam bahasa arab).

Jika benar nak tolong, boleh terus tawarkan pertolongan meringankan kesukaran TANPA perlu mengorek 'cerita' tersebut.

Tuesday 11 February 2014

Khutbah Rasulullah SAW kepada Kerabat yang Terdekat

بسم الله الرحمٰن الرحيم

               IBNU ABBAS berkata, ketika turun ayat, ‘Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabat mu yang terdekat’, Rasulullah SAW naik ke atas Bukit Shafa lalu berseru, “Wahai bani Fihr, Wahai Bani Ady”, Beliau menyeru satu persatu suku Quraisy, hingga mereka berkumpul di sana.

                Lalu Baginda mula berbicara dengan mereka, “Apa pendapat kalian sekiranya saya memberitahu kepada kalian sepasukan penunggang kuda di lembah hendak menyerang kalian, apakah kamu percaya saya?”

                Mereka menjawab, “Ya. Kami tidak pernah sangsikan kejujuranmu.”

                Baginda berkata, “Sesungguhnya saya memberikan peringatan kepada kalian tentang datangnya azab yang pedih.”


                Abu Lahab berkata, “Celaka kau wahai Muhammad! Untuk inikah engkau mengumpulkan kami?” Maka turunlah surah al-Lahab.


Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001
Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!
(Al-Masad 111:1) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A002
Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
(Al-Masad 111:2) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A003
Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.
(Al-Masad 111:3) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A004
Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -
(Al-Masad 111:4) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A005
Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.
(Al-Masad 111:5) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

Khutbah Pertama di Makkah

بسم الله الرحمٰن الرحيم

         Rasulullah SAW mengumpulkan kaumnya. Setelah mereka berkumpul, beliau menyampaikan pujian kepada Allah, lalu bersabda, “Sesungguhnya seorang pemandu tidak akan mendustakan keluarganya. Demi Allah, sekiranya saya dapat mendustai semua manusia pun, saya tidak akan mendustai kalian, Sekiranya saya dapat menipu semua manusia, maka saya tidak akan menipu kalian. Demi Allah yang tiada tuhan selain Dia, saya adalah Rasul Allah yang diutuskan kepada kaum sekalian secara khusus dan kepada manusia secara umum. Demi Allah, kalian pasti akan mati sebagaimana kalian tidur, dan kalian pasti akan dibangkitkan sebagaimana kalian bangun dari tidur. Kalian pasti akan diberi balasan kebaikan dengan kebaikan, keburukan dengan keburukan pula. Sesungguhnya disana ada syurga yang abadi atau neraka yang abadi pula.”

Orang ramai saling berbisik sesama mereka, kecuali bapa saudaranya, Abu Lahab. Katanya, “Belenggu kedua tangannya sebelum orang Arab berhimpun kepadanya, bererti kalian menjadi hina, dan jika kalian membelanya, kamu akan dimusuhi.”

Abu Thalib berkata, “Demi Allah, kami akan membelanya selagi dia ada di tengah kami.”

Setelah itu orang ramai pun beredar.