Tuesday 24 December 2013

Adab Dengan Ibu Bapa Untuk Menjadi Soleh/Solehah

بسم الله الرحمٰن الرحيم


  • Taat kepada kedua ibubapa dalam semua perkara kecuali yang maksiat (derhaka) kepada Allah dan Rasul.
  • Bertutur dengan mereka dengan lemah lembut dan beradab.
  • Berdiri apabila kedua ibubapa masuk atau mendapatkannya.
  • Mencium tangan keduanya pada waktu pagi dan petang atau pada waktu-waktu lain yang munasabah.
  • Sentiasa menjaga kehormatan dan harta keduanya.
  • Memuliakan keduanya dan memberikan apa yang diminta oleh keduanya.
  • Berbincang dengan keduanya dalam apa jua perkara sekalipun.
  • Mendoakan dan memohon keampunan bagi mereka.
  • Sekiranya mereka didatangi tetamu, hendaklah anak-anak duduk di pintu, sentiasa memerhati keduanya, kalau-kalau mereka memberi isyarat supaya mengambil sesuatu dengan diam-diam (tidak diketahui tetamu).
  • Melakukan kerja-kerja yang menyenangkan hati keduanya, walaupun mereka tidak menyuruhnya.
  • Tidak meninggikan suara samada di belakang atau di hadapan mereka.
  • Tidak memotong perbualan mereka.
  • Tidak keluar dari rumah tanpa izin keduanya.
  • Tidak melakukan sesuatu yang boleh memeranjatkan atau mengejutkan mereka ketika mereka sedang tidur.
  • Tidak lebih memuliakan isteri dan anak-anak daripada keduanya.
  • Tidak menghina keduanya jika mereka melakukan kerja-kerja yang tidak menyenangkan.
  • Tidak ketawa berlebihan (berdekah-dekah) di hadapan mereka.
  • Tidak memakan makanan yang dihidangkan untuk keduanya.
  • Tidak memanjangkan tangan untuk mencapai makanan di hadapan mereka.
  • Tidak tidur atau berbaring, sementara ibubapa sedang duduk melainkan mendapat izin dari keduanya.
  • Tidak menjulurkan kaki di hadapan mereka.
  • Tidak masuk sebelum mereka masuk, dan tidak berjalan di hadapan (mendahului) mereka.
  • Menjawab panggilan keduanya seberapa segera yang boleh.
  • Memuliakan sahabat-sahabat mereka, baik ketika mereka masih hidup atau setelah mereka mati.
  • Tidak bersahabat atau bergaul dengan orang-orang yang tidak taat dan derhaka kepada kedua ibubapa mereka.
  • Selalu mengucapkan doa kepada keduanya terutama sekali jika keduanya telah mati, sebagaimana maksud firman Allah di dalam al-Quran: Tuhanku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka telah mendidik aku pada masa kecil.