Sunday, 18 August 2013

Bangga Dengan Islam (Bahagian Pertama)

Bismillahirahmannirrahim. Robbisyrohlii shodrii wayassirlii amrii wahlul 'uqdatan min lisaanii yafqohuu qoulii, Allohumma innii a'uudzubika an adlilla au udlolla au azilla au uzalla au adhlima au udhlama au ajhala au yujhala alayya. Allahhumma solli ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala aalihi wa as-haabihi ajma’iin. Ammabagdu. 

Assalamualaikum. Jutaan kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wa Taala dengan taufik dah hidayah daripada-Nya, saya telah diberi masa dan sedikit ilmu pengetahuan serta tenaga untuk menyiapkan satu sesi ceramah melalui blog Iqra’ untuk menyebarkan dakwah al-Islamiah. Mudah-mudahan ia dapat memberi manfaat kepada pembaca Muslimin dan Muslimat khususnya golongan muda yang baru menjinakkan diri dengan agama. Terima kasih juga kepada semua pihak yang membantu secara langsung ataupun tidak langsung.

Saudara saudari tahu tak apa itu izzah? Izzah ini berasa mulia atau bangga dengan Islam. Izzah ini mampu menjadikan kita begitu komited dengan dengan Islam. Saudara saudari seagamaku, sepatutnya kita berasa bangga kerana telah dilahirkan dalam Islam. Kita merupakan manusia pilihan Allah SWT secara kita tak sedar. Apa yang saya maksudkan dengan kita merupakan manusia pilihan Allah SWT? Apa yang cuba saya nyatakan bahawa kita telah dipilih daripada manusia yang lain-lain untuk dilahirkan dalam  keluarga Islam. Cuba kita fikirkan jikalau kita bukan dilahirkan dalam Islam? Adakah mudah untuk kita mendekati Islam? Adakah kita akan masuk Islam sebaik sahaja telah mencapai akal Baligh? Semua persoalan itu timbul dengan satu jawapan iaitu Tidak. Kita takkan masuk Islam jikalau kita tiada pengetahuan Islam. Kita tidak akan memeluk Islam jika kita tiada pembimbing dan kita juga sudah pasti tidak akan memeluk agama yang dibawa oleh Muhammad SAW jika tidak diberi Hidayah oleh Allah SWT. Jadi kita patut, bukan Wajib bersyukur kerana telah diberi Hidayah Islam. Cuma sekarang bagaimana kita nak memberi komitmen yang dikatakan Izzah dalam Islam?



Ajaran Islam merupakan satu-satunya ajaran atau agama yang diiktiraf kerajaan Allah SWT. Seperti dalam firman Allah SWT yang bermaksud,
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyeluruh kepada makruf, mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.”  Ali Imran, 110
Sekarang jelas bahawa kita patut bangga dengan agama yang kita anuti sekarang. Bukan setakat Pencipta kita mengakui bahawa ini agama yang diiktiraf tetapi Allah SWT telah mengutuskan seorang utusan atau Rasul-Nya yang dikenali seluruh makhluk untuk menujukkan jalan kebenaran.

Muslimin dan Muslimat yang disayangi Allah sekalian,

Bangga atau berasa mulia dengan Islam seharusnya dipupuk sejak kecil lagi oleh ibu bapa kerana Islam merupakan ajaran yang benar, jujur dan ada Nur dalamnya yakni cahaya. Islam juga diperakui oleh pemikir-pemikir Barat. Gottfried Wilhelm Leibniz di dalam Theodize (1710) memuji Nabi Muhammad SAW kerana menyebarkan agama fitrah untuk manusia sejagat. Pada tahun 1756, Voltaire menerbitkan Essai sur les Mouers. Di dalamnya terdapat sebuah bab berkenaan Nabi Muhammad  yang bertajuk de I’ Arabie et de Mahomet. Beliau berpendapat, Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang bijaksana, mempunyai visi yang jauh serta seorang panglima perang yang agung. Hal ini disebutkan di dalam The Globalist (Online), dibawah tajuk Islam and Women oleh Dr. Muqtedar Khan bertarikh 25 Mei 2003.

Islam adalah contoh dalam aspek kebebasan dan toleransi. Dr. Robert Briffault di dalam bukunya The Making of Humanity dalam bab Dar al-Hikmet berkata, “Golongan Kristian menikmati kebebasan sepenuhnya pada zaman pemerintahan Islam di Sepanyol. Mereka mempunyai paderi kanan atau uskup dan beberapa biara. Rahib-rahib Kristian boleh dilihat berjalan-jalan di jalan-jalan Cordova (tanpa gangguan). Golongan Yahudi juga menikmati konsep toleransi agama yang diamalkan di bawah pemerintahan Islam kesan daripada evolusi budaya yang berlaku. Konsep dan budaya ini kemudiannya mereka sebarkan dikawasan-kawasan ceruk yang tidak mengenali erti tamadun.”

Berhubung dengan status wanita, Karen Armstrong, dalam MSNBC news (Online) bertarikh 29 Oktober 2001 berkata, “Tidak ada satu pun agama utama di dunia yang benar-benar memuliakan wanita, termasuk agama Kristian. Agama-agama ini adalah agama-agama yang didominasikan oleh kaum lelaki. Sebaliknya Nabi Muhammad S.A.W.  begitu serius memberikan kebebasan kepada wanita. Tidak terdapat didalam Quran arahan supaya wanita-wanita dipinggirkan. Malah wanita-wanita Islam pada peringkat awal Islam berperang di samping kaum lelaki. Isteri-isteri Nabi pula berperanan dalam bidang politik malah mempunyai kuasa dalam bidang politik.”

Muslimin dan Muslimat yang disayangi Allah sekalian,

Islam sudah memimpin dunia dalam bidang ilmu dan tamadun. Tanpa Islam, barat tidak dapat mengecapi Era Kebangkitan atau Renaissance. Hal ini dinyatakan tanpa segan silu oleh Carleton S.(carly) Florina, mantan pengerusi (CEO) Hewlett-Packard Company, semasa beliau menyampaikan ucapan yang bertajuk Technology, Business and Our Way Of Life: What’s Next pada 26 September 2001 di Minneapolis, Minnesota. Beliau berkata “Pada suatu masa dahulu, wujud satu tamadun yang terbesar di dunia. Empayarnya begitu luas, bersambung-sambung dari lautan ke lautan, menjangkau kawasan utara, tropika dan padang pasir. Di bawah kekuasaannya terdapat ratusan juta manusia dari pelbagai agama, bangsa dan keturunan. Salah satu bahasanya menjadi bahasa universal yang digunakan dalam percakapan sebahagian besar manusia pada hari ini. Tentera-tenteranya dianggotai oleh manusia daripada pelbagai latar belakang dan penaklukannya mendatangkan keamanan dan kemewahan yang tidak ada tolok bandingnya. Perniagaan yang melibatkan tamadun ini berkembang dari Amerika Latin ke Negara China serta antara kedua-duanya. Tamadun ini hidup subur digerakkkan oleh ciptaan-ciptaan baru. Arkitek-arkiteknya mapu membina bagunan ting yang melawan gravity. Pakar-pakar matematiknya mencipta konsep algebra dan algoritma. Konsep-konsep ini membantu penciptaan computer dan encryption pada hari ini. Tokoh-tokoh perubatannya menemui ubat-ubatan baru yang digunakan bagi merawat pelbagai jenis penyakit. Tokoh-tokoh astronominya meneropong langit dan member nama kepada bintang-bintang dan sekaligus membuka jalan kepada penerokaan angkasa raya. Penulis-penulisnya menulis ribuan cerita… Tamadun yang saya maksudkan ini sebenarnya tamadun Islam, yang berkembang dari tahun 800-1600 Masihi.”


Disediakan oleh: Mohamad Hanis

No comments:

Post a Comment